Selamat Datang Ke Laman Web WomenShoppe Berhad
Mesyuarat JK Kempen Tempahan Pakaian Raya
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 12 Mei - WomenShoppe telah membentuk JK untuk mengadakan Kempen Tempahan Pakaian Raya pada penghujung bulan Mei sehingga awal Jun 2012.
Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan jahitan yang telah menghadiri kursus keusahawanan, pengurusan dan pemasaran anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan The RIGHTS pada 8 hingga 11 Apr yang lepas.
Dijangka lebih 30 booth tempahan pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, jubah, baju kanak-kanak, baju punjabi, baju melayu, blouse, dress, baju penggantin, songkok, tudung dan lain-lain.
Pelbagai acara juga di sepanjang program ini juga telah disediakan seperti pertunjukkan fesyen moden dan muslimah, pemakaian tudung, pakaian kanak-kanak dan pakaian penggantin. Acara seperti pertandingan merekacipta fesyen pakaian muslimah / moden / tudung juga akan di adakan.
Pertandingan nyanyian karaoke untuk kanak-kanak sempena hari ibu dan tajuk lagi bertemakan ibu, dan pelbagai acara sampingan lain seperti ceramah mengenai kesihatan, kecantikan dan SPA disamping pertujukkan menjahit manik.
Terakhir Dikemaskini (Sabtu, 12 Mei 2012 09:08)
Pengedar Pakaian Umrah / Haji Wanita
Set merangkumi barangan seperti berikut: - Baju Ehram Untuk menjadi pengedar, hanya perlu membeli 10 Set Pakaian Umrah / Haji Wanita ini. Modal yang minima keuntungan lumayan.
Terakhir Dikemaskini (Ahad, 13 Mei 2012 09:23) Klinik usahawan di Komuniti Usahawan Negeri Sembilan
Klinik usahawan ini dibuka untuk memberikan perkhidmatan dan runding cara kepada usahawan dan bakal usahawan di Negeri Sembilan dan bagi usahawan dan bakal usahawan dari negeri lain yang berminat. The RIGHTS / PKNNS / GABEM Negeri Sembilan juga akan menganjurkan Klinik Usahawan Bergerak di 7 Daerah di seluruh Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan tempatan mendapatkan maklumat dan khidmat runding cara mengenai perniagaan dan keusahawanan. Terakhir Dikemaskini (Ahad, 06 Mei 2012 16:40)
Butik WomenShoppe (Baru / Penjenamaan)
WomenShoppe Berhad telah menyiapkan design Butik WomenShoppe (WomenShoppe Butique) dan kini sedia untuk ditawakan kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk membuka WomenShoppe Butique di seluruh negara. Butik konsep ini diperkenalkan kepada peserta-peserta kursus Keusahawanan, Pengurusan dan Pemasaran (Industri Pakaian) yang telah dijalankan di bawah Program 365 Usahawan Negeri Sembilan dan Butique WomenShoppe yang pertama akan diwujudkan di D' S2 Mall (Kompleks PKNNS), Seremban 2. Selain menjual pakaian (fesyen wanita) ia turut menjual produk lain seperti Pakaian Umrah / Haji, Langsir, Pakaian Kanak-Kanak dengan rekacipta (design) sendiri. Butique WomenShoppe juga menerima tempahan pakaian bagi pelanggan yang inginkan fesyen tersendiri ini termasuklah pakaian pengantin dan sebagainya. Kepada yang berminat untuk membuka Butique WomenShoppe ini boleh memohon melalui email : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau boleh menghubungi 013-2033030 En. Haris / 0111-8282358 Kak Rose. Pinjaman juga disediakan kepada yang layak. Terakhir Dikemaskini (Rabu, 09 Mei 2012 02:46) Potensi Perniagaan Mobile Butique WomenShoppe, Kini Dipertingkatkan - Kursus Mobile Butique Pertama
Berdasarkan kepada perkembangan perniagaan Mobile Butique WomenShoppe, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Yayasan Negeri Sembilan (YNS), MARA NS, R n R Fashion dan The Rights Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus kepakaran jahitan kepada 35 peserta terpilih yang kemudian akan menandatangani perjanjian kontrak dengan WomenShoppe bagi memenuhi permintaan program Mobile Butique yang akan diperkenalkan di seluruh negara. Sehingga kini kilang yang sedang beroperasi di Lake View Square, Seremban 2, tidak mampu menampung tempahan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan Butik di Lembah Kelang dan orang perseorangan termasuk pelanggan VVIP yang memerlukan pakaian mereka disiapkan segera. Seiring itu, WomenShoppe akan menganjurkan KURSUS FESYEN DAN MENGUKUR INTENSIF kepada Usahawan Mobile Butique pada 31 Mac 2012 bertempat di Bangunan PKNNS (D'S 2 Mall), Seremban 2. Kursus yang bermula jam 09.00 pagi dijangka akan tamat pada jam 05.00 petang. Usahawan Mobile Butique WomenShoppe boleh mendapat pendapatan dari RM 5,000 ke RM 10,000 sebulan. Program ini sesuai kepada semua peringkat umur dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada kakitangan kerajaan, swasta, ibu tunggal, OKU dan wanita-wanita lain seperti beliawanis dan siswazah. Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh klik disini untuk mendapat maklumat kursus atau boleh terus menghubungi 010 6303 888 bagi pengesahan tempat. Hanya 10 peserta sahaja dipilih berdasarkan kepada siapa cepat. Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 04 Mei 2012 10:25) |


















WomenShoppe memerlukan Pengedar Set Pakaian Umrah dan Pakaian Haji Wanita, Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara boleh memohon kepada WomenShoppe dengan menghantar email ke :
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
atau boleh menghubungi Puan Sharizah 012 -3384267.
The RIGHTS dengan sokongan dan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) akan mengadakan KLINIK USAHAWAN pada setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 05.00 petang.
WomenShoppe tellah memperkenalkan konsep usahawan Mobile Butique pada bulan Febuari yang lepas, dalam taklimat tersebut seramai 15 orang telahpun mendaftar untuk mengikuti program Mobile Butique ini.